Home OVERSEAS TRAVEL Wanita Malaysia Berusia 50an Diburu Larikan Duit dari Pusat Kasino di Jeju

Wanita Malaysia Berusia 50an Diburu Larikan Duit dari Pusat Kasino di Jeju

3547
0

Rakyat Malaysia buat hal lagi. Kali ini kes melibatkan kecurian berjumlah 14.56 billion won (RM53.7 juta) di sebuah pusat kasino popular di Jeju, Korea Selatan.

Malah dikatakan pelaku merupakan seorang wanita yang berusia sekitar 50an dan bekerja di pusat kasino berkenaan. Dia juga dipertanggungjawabkan menguruskan dana di pusat terbabit.

Misteri kehilangan duit dan suspek berkenaan sehingga kini gagal dirungkai berikutan satu-satunya bukti iaitu footage kamera litar tertutup telah dipadam tanpa sebarang kesan.

Polis Korea Selatan juga sedang giat memburu suspek kerana pihak berkuasa yakin wanita berkenaan masih berada di sekitar Jeju atau dalam negara berkenaan.

Agak sukar untuk meloloskan diri dengan mudah sama ada ke luar negara dengan membawa sejumlah wang tunai yang sangat banyak.

Difahamkan kesemua wang tunai tersebut seberat kira-kira 300 kilogram dan mustahil seorang wanita biasa mampu meloloskan diri melalui pelabuhan dan udara sambil memikul wang seberat itu.

Menurut sumber kasino berkenaan terletak dalam kawasan resort terbesar dan antara termewah di kepulauan Jeju iaitu Jeju Shinhwa World.

Malah Landing Casino yang merupakan milik firma di Hong Kong mempunyai kawalan keselamatan yang amat ketat.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia juga turut bersedia memberikan kerjasama memberkas wanita berkenaan.

Busuk lagi nama Negaraku!!!.

Sumber South China Morning Post , Berita Harian dan Oh Bulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here