Home MALAYSIA 6 Pulau di Sabah Ini Dah La Cantik Lepas Tu Boleh Rasa...

6 Pulau di Sabah Ini Dah La Cantik Lepas Tu Boleh Rasa Sisi Yang Berbeza Untuk Setiap Pulau

1066
0
  1. Pulau Sipadan
sumber: D Asia Travel

Pulau Sipadan ini mendapatkan pengiktirafan sebagai salah satu tempat menyelam yang terbaik di dunia. Pengiktirafan itu diberi oleh kerana dasar lautnya yang bakal memukau mata serta minda anda. Tambahan lagi, pemandangan di sini juga turut menambahkan lagi keceriaan percutian anda.

2.Pulau Mabul

sumber: libur.my

Pulau Mabul merupakan kawasan komuniti tempatan Semporna. Pulau ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan percutian bajet mahupun mewah. Anda boleh dapatkan penginapan seperti pilihan dorm ataupun villa. Mesti rasa bila keluar je dari bilik terus nak terjun ke dalam laut.

3.Pulau Lankayan

sumber: booking.com

Pulau ini dikelilingi oleh pasir putih yang cantik serta menempatkan hampir 20 chalet yang sangat luas yang dikelilingi pemandangan yang sangat indah. Pulau ini tidaklah ‘happening’ dan sangat sesuai untuk mereka yang mencari pulau yang tenang. Di sini juga anda boleh melakukan aktiviti menyelam dan juga aktiviti lain yang disediakan di sini.

4.Pulau Timba Timba

sumber: KKday

Sekali tengok pulau ini, nampak macam di luar negara, rupa-rupanya pulau ini terletak di Sabah. Di sini anda akan didendangkan bunyi ombak dan kicauan burung yang sangat tenang dan menarik. Anda dinasihatkan untuk datang ke sini pada bulan April hingga September oleh kerana cuacanya yang agak baik di sini.

5.Pulau Pom Pom

sumber: JomJalan.com

Jika anda inginkan privasi ataupun tempat yang kurang sesak, anda boleh datang ke Pulau Pom Pom. Jadi kalau ada yang tengah plan nak honeymoon tu, boleh survey siap siap pulau ini. Di sini boleh dikatakan sangat sesuai untuk mereka yang inginkan suasana tenang dan romantik. Anda boleh meluangkan masa bersama yang tersayang dengan penuh tenteram.

6. Pulau Tiga

sumber: Culture Trip

Kenapa namanya Pulau Tiga? Ini kerana di sini terdapat tiga pulau yang berdekatan. Airnya yang jernih serta pasir putihnya yang halus boleh menambatkan perhatian para pelancong yang datang ke sini. Di sini ‘vibe’nya lebih kurang santai dan ‘steady’. Untuk mereka yang suka akan suasana ‘chill’, tempat ini memang sangat tepat untuk anda.

Cantik kan semua pulau di sini? Walaupun ia terletak di bawah negeri yang sama, tetapi setiap satu pulau tersebut memberikan ‘vibe’ yang tersendiri. Jadi anda pilih nak pergi pulau yang mana satu?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here