Home MALAYSIA Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Akan Digantikan Dengan Bas Air dan Roll-on/roll-off (Ro-Ro)...

Perkhidmatan Feri Pulau Pinang Akan Digantikan Dengan Bas Air dan Roll-on/roll-off (Ro-Ro) Feri

1930
0

Teka-teki mengenai feri ikonik Pulau Pinang yang bakal ditamatkan perkhidmatan pada penghujung tahun ini akhirnya terjawab.

Setelah 126 tahun beroperasi, pemberhentian feri dua tingkat yang mampu membawa penumpang dan kenderaan dua roda serta kereta itu menerima pelbagai reaksi umum.

Menerusi laporan secara eksklusif di Mstar alasan disebalik penamatan khidmat feri berkenaan diperjelaskan secara terperinci.

Memetik laporan Mstar, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Penang Port Sdn Bhd (PPSB), Sasedharan Vasudevan faktor utama penamatan feri berkenaan adalah kos penyelenggaraan dan alat ganti.

Menurutnya, selain faktor kesukaran mencari alat ganti, kebanyakan feri yang beroperasi berusia lebih 40 tahun dan tidak sesuai untuk digunakan lagi.

Atas pelbagai faktor terutama keselesaan dan keselamatan pelanggan, feri yang telah berkhidmat lebih seabad itu terpaksa dihentikan.

Tambahnya, perkhidmatan feri baharu kelak menjanjikan keselesaan optimum buat pelanggan termasuk penambahbaikan di dua terminal iaitu di Butterworth dan Georgetown, Pulau Pinang.

Selain itu, bermula 1 Januari 2021, PPSB sedang giat menaiktaraf kualiti pengangkutan air Rapid Ferry untuk digantikan dengan bas air dalam tempoh 10 hingga 12 bulan akan datang.

Tuturnya, perkhidmatan feri Pulau Pinang akan digantikan dengan bas air dan roll-on/roll-off (Ro-Ro) feri.

Walau bagaimanapun, Ro-Ro feri hanya membawa motosikal manakala kereta dan kenderaan lain perlu melalui dua jambatan Pulau Pinang.

Sumber Mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here