
Thailand dijangka melonggarkan syarat pintu sempadannya untuk merancakkan ekonomi pelancongan di negara itu.
Umum mengetahui pelbagai lokasi menarik yang terdapat di Thailand malah ekonomi negara itu amat bergantung terhadap hasil sektor pelancongan.

Setelah setahun berdepan pandemik Covid19 di seluruh negara dan menutup pintu sempadan, Thailand mencatatkan penurunan kehadiran pelancong paling drastik sepanjang tahun lalu.
Hampir 80 peratus hasil pelancongan merudum dan sektor berkenaan terjejas teruk akibat penutupan pintu sempadan dan kawalan pergerakan dalam negara.

Namun begitu, seiring penerimaan vaksin besar-besaran di seluruh dunia termasuk Thailand, nampaknya syarat pintu sempadan ke negara gajah putih itu bakal dilonggarkan.
Perkara utama yang menjadi perhatian dalam kalangan pemain industri pelancongan ialah pemansuhan syarat kuarintin selama 14 hari sekiranya pelancong tiba dari luar negara ke Thailand.

Syarat wajib kuarintin itu kini menjadi satu-satu ‘masalah’ buat ekonomi pelancongan di Thailand untuk pulih. Siapa yang ingin melancongan kemudian perlu kuarintin? Sudah tentu tidak.
Bagaimanapun, untuk melonggarkan syarat kuarintin berkenaan, setiap pelancong wajib menunjukkan dokumen mereka telah mendapatkan dua dos vaksin sepenuhnya.

Walaupun begitu perkara berkenaan masih dalam perbincangan yang amat teliti kerana bagi kerajaan Thailand keselamatan rakyat dan memberhentikan penularan wabak adalah lebih penting.
Kendatipun, kerajaan Thailand sasar untuk membuka pintu sempadan mereka pada suku ketiga pada tahun ini.

Malangnya pembukaan itu mungkin melibatkan negara-negara yang tertentu. Paling utama negara berkenaan bebas dari Covid19 dan mengarahkan rakyatnya untuk menyuntik vaksin
Sumber The Verst