Home MAKAN-MAKAN Teringin Coconut Shake? Jom ke Drive Thru Coconut Shake di Hogoh De...

Teringin Coconut Shake? Jom ke Drive Thru Coconut Shake di Hogoh De Coco

680

Ramai yang tak percaya kat Termerloh ada drive-thru coconut shake. Konsep yang sama seperti Starbucks, pelanggan boleh pilih untuk memesan melalui drive-thru ataupun “dine in”. Hogoh De Coco HQ terletak betul-betul dia tepi jalan Kampung Paya Pulai sebelah dengan stesen minyak BHP.

Tempat yang sangat strategik dan mudah untuk singgah untuk menikmati air minuman yang segar.

Hogoh De Coco menjual pelbagai jenis minuman, bukan sahaja air kelapa original dan coconut shake original malah pelbagai jenis minuman “blended” yang lain seperti Caramel Coffee, Oreo Crunchy, Nestum’s Baby, perisa buah-buahan seperti durian, strawberi, blueberi dan koko.

Untuk kesemua minuman di sini, kita boleh memilih tiga jenis size iaitu “small”, “regular” dan “large” dengan harga yang sangat murah dah berpatutan.

Bukan itu sahaja, Hogoh De Coco juga menjual makanan yang sangat sedap. Antara makanan yang dijual di sini adalah kudap-kudapan seperti ayam goreng, ayam “cheese”, bebola ayam, cekodok bawang, pisang goreng dan banyak lagi.

Di sini juga ada jual nasi set ayam yang terdiri daripada set Super Jimat, Super Mantap, Super Puas dan Super Family. Kesemua set ini berbeza dari segi bilangan ayam dan kudap – kudapan.

Hogoh juga ada menjual special menu iaitu Nasi Lemak, Tauhu Bergedil Crispy dan Nasi Ayam Kerinting Sambal Berdesing, memang rasanya segempak Pak Gebuk lah dengan pedas nya memang ummpphhhh lah.

Hogoh juga terkenal dengan service yang tiptop, iaitu anda tidak perlu menunggu dengan lama, hanya 5 minit sahaja semuanya siap.

Hogoh mempunyai 3 cawangan lain di seluruh Pahang, Hogoh De Coco HQ dan Hogoh De Coco 2 terletak di Temerloh dan Hogoh De Coco 3 terletak di Kontena Kuantan. Boleh lah singgah untuk beli Drive-Thru Coconut Shake bila datang Temerloh nanti.

Kunjungi laman rasmi facebook mereka www.facebook.com/hogohdecocohq/ untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.

Sumber: facebook Hogoh De Coco HQ