Home HOTEL & RESORT Tempat Percutian Bajet di Chalet Casa Impiana, Lumut, Perak!

Tempat Percutian Bajet di Chalet Casa Impiana, Lumut, Perak!

1225
0

Datang ke Lumut tetapi tidak tahu nak menetap di mana? Jangan risau, ada tempat penginapan yang bajet dan cantik di sini.

Anda boleh menginap di Chalet Casa Impiana yang sangat cantik dan selesa. Apa yang lagi best, chalet anda adalah berhadapan dengan pantai!

Chalet ini terletak di kawasan Pantai Teluk Senangin. Ia merupakan tempat yang sangat sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Chalet ini dapat memberikan vibe seperti anda berada di rumah sendiri. Tambahan pula dengan dekorasi serta halaman yang sebegini, membuatkan suasana ini seperti berada di kampung halaman.

Apa yang membuatkan chalet ini menarik adalah, suasana berada di tepi pantai.

Apabila anda bangun awal pagi, anda dapat mendengar bunyi angin laut yang indah serta baunya yang segar. Ditambah pula dengan aktiviti melihat matahari naik dan jatuh di waktu senja bakal membuatkan sesiapa yang berada di situ menjadi lebih menarik.

Selain itu, chalet ini sesuai untuk diadakan aktiviti hari keluarga mahupun sambutan meraikan sesuatu. Pada waktu malam, dapat juga diadakan aktivit BBQ dan dimeriahkan lagi dengan tiupan angin pantai yang sangat tenang.

Kemudahan yang disediakan di sini adalah yang basic dan yang paling anda perlu mengambil peluang dengan untuk menempah bilik ‘seaview’ agar percutian anda menjadi lebih menarik.

Anda boleh lakukan pelbagai aktiviti di sini seperti mandi pantai, melakukan aktiviti berkumpulan seperti bola sepak pantai dan pelbagai lagi.

Anda boleh melakukan tempahan di booking.com, agoda dan juga tripadvisor. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati facebook mereka iaitu www.facebook.com/Chalet-Casa-Impiana-164272527382568/.

Sumber: portcuti.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here