Home MAKAN-MAKAN Tempat Lawa, Makanan Pun Sedap.. Jom Singgah Ke Kaysha Dine & Beauty

Tempat Lawa, Makanan Pun Sedap.. Jom Singgah Ke Kaysha Dine & Beauty

1566

Terletak di Tamarind Square, Cyberjaya, semestinya restoran Kaysha Dine & Beauty mampu menarik mereka yang gemarkan lokasi cantik bersama makanan yang lazat!

Ramai yang terpesona melihat dekorasi di restoran ini yang benar-benar menarik, ibaratnya setiap sudut boleh jadi tempat bergambar tau!

Hidangan yang disediakan di restoran Kaysha Dine & Beauty pula berkonsepkan Jepun dan Eropah dan pastinya ia menarik minat ramai!

Big breakfast, prawns gyoza, soft shell crab burger, lemon pie dan banyak lagi makanan menarik yang mampu untuk menaikkan selera anda!

Kenapa namanya Kaysha Dine & Beauty? Selain menempatkan ruangan restoran di tingkat bawah, mereka turut menyediakan perkhidmatan kecantikan di tingkat atas seperti manicures, pedicures, waxing, threading dan banyak lagi!

Jadi, kalau berada di area Tamarind Square dekat Cyberjaya tu, jangan lupa singgah sini tau!

Sumber & kredit foto: Twitter @twt_cyberjaya