Home LAIN-LAIN Te Araroa New Zealand Trek Jalan Kaki Terpanjang di Dunia

Te Araroa New Zealand Trek Jalan Kaki Terpanjang di Dunia

312

Te Araroa merupakan trek terpanjang di dunia yang menuntut tempoh masa minimum selama tiga hingga enam bulan untuk tiba di checkpoint terakhir.

Ironinya Te Araroa yang terletak di New Zealand turut mendapat gelaran The Long Path berikutan jajaran trek berkenaan yang terletak sepanjang 3,000km.

Dengan berjalan kaki sejauh 25 km sehari baharulah seseorang pengembara itu mampu untuk menghabiskan perjalanan antara tempoh 3 hingga 6 bulan.

Jajaran trek ini menghubungkan antara The North Island sejauh 1,600km dari checkpoint pertama hingga 1,400km dari the South Island ke checkpoint.

Jajaran itu juga merentasi Cape Reinga sehingga ke Bluff di dua pulau utama di New Zealand. Oleh kerana trek berkenaan memakan tempoh masa panjang aktiviti perkhemahan di benarkan.

Untuk melalui trek ini bukan percuma sebaliknya anda perlu membayar antara NZD7,000 hingga NZD10,000 selama enam bulan melalui jajaran trek ini.

Trek ini terdiri daripada jalan berbukit, berturap, cerun bukit yang tidak terlalu curam dan kawasan berbukit serta berbonggol. Kebanyakan pengembara berjaya menamatkan misi mereka.

Jarak yang jauh dengan berjalan kaki sering menarik minat pejalan kaki mencabar kemampuan mereka untuk menamatkan misi di sini.

Rekod paling hebat dipegang oleh seorang pejalan kaki berasal dari Britain. Bernama Jez Bragg, lelaki tersebut merentas Te Araroa hanya dalam tempoh kurang dua bulan.

Jika min….mau setahun baru sampai penamat…