Home LAIN-LAIN TRAVEL TIPS Tak Boleh Ke Luar Negara? Tak Mengapa! Jom Semak 4 Cara Nak...

Tak Boleh Ke Luar Negara? Tak Mengapa! Jom Semak 4 Cara Nak ‘Holiday’ Sekitar Rumah Sendiri

1603
0

Ramai orang ingin bercuti dan melancong tapi pandemik COVID-19 membataskan aktiviti terbabit kerana destinasi luar negara masih belum boleh dikunjungi.

Namun begitu, ia tidak membataskan anda untuk menjadi kreatif dan mencari tempat percutian dalam negara, lebih-lebih lagi tempat yang dekat dengan rumah anda!

Jom baca 4 cara untuk anda menghabiskan waktu ‘holiday’ di destinasi yang dekat dengan rumah sendiri!

#1 Tempah hotel atau penginapan menarik untuk staycation!

Melancong tak semestinya hanya terjadi di tempat-tempat yang jauh. Dekat dengan rumah sendiri pun boleh, asalkan ia menarik. Cuba cari hotel, AirBNB atau homestay yang menarik di sekitar rumah anda. Luangkan satu atau dua malam di situ, pastinya anda akan rasa vibe holiday tu!

#2 Singgah kawasan tumpuan pelancong

Sedar atau tidak, anda sebenarnya kadang-kadang terlepas pandang dengan kawasan tumpuan pelancongan yang dekat dengan rumah sendiri kerana sibuk untuk mengeksplorasi tempat lain yang lebih jauh. Ha, ketika inilah anda dan teman-teman serta keluarga boleh merancang untuk melawat tempat terbabit!

#3 Singgah tempat makan rare

Perkara ini juga boleh mewujudkan mood berbeza untuk anda yang merancang untuk melancong dekat dengan rumah sendiri. Cuba buat carian Google mengenai restoran-restoran menarik yang belum pernah anda cuba, ia akan pastinya membangkitkan mood holiday dan menjadikan ia satu kelainan dalam aktiviti percutian anda!

#4 Jangan lupa ambil foto!

Ha, sebenarnya, kita sering mengambil gambar di setiap destinasi yang dituju sewaktu bercuti jauh. Apa kata anda melakukan perkara ini biarpun anda hanya bercuti di kawasan yang dekat dengan rumah. Hanya perlu cari tempat menarik dan rakam setiap aksi anda di tempat tumpuan terbabit! Wujudkan mood bercuti tu!

Kredit foto: Melancong.com.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here