Home OCEANIA NEW ZEALAND Sungai Kerosene Terlihat Seakan Berada Di Alam Fantasi, Tapi Ramai Tak Tahu…

Sungai Kerosene Terlihat Seakan Berada Di Alam Fantasi, Tapi Ramai Tak Tahu…

1457
0

Kerosene Creek dalam daerah Rotorua di New Zealand merupakan lokask air panas semula jadi yang sering menjadi tumpuan awam.

Terletak dalam kawasan hutan yang tenang, Kerosene Creek juga dikenali sebagai Sungai Kerosene tampak mengalir seperti sungai biasa.

Namun ada misteri yang menyelubungi sungai ini berikutan wujud hidupan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia.

Lebih dahsyat hidupan itu mampu meratah organ manusia dari dalam hingga menyebabkan kematian.

Naegleria Fowleri sejenis keluarga hidupan ameoba yang terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar manusia. Dari sudut saintifik hidupan tersebut hanya sepanjang 16 miktometer.

Hidupan tersebut sememangnya hidup di kolam air panas semula jadi di New Zealand dan menceroboh organ manusia menerusi saluran hidung.

Sejurus memasuki menerusi hidung, hidupan mikro berkenaan bergerak ke otak hingga menyebabkan otak pemangsa membengkak.

Gejala awal jangkitan hidupan mikro itu dapat dikesan sekiranya mereka yang dijangkiti mengalami gejala sakit kepala, demam berlarutan, kekejangan leher dan halusinasi.

Jika gagal mendapatkan rawatan, difahamkan tempoh hayat mereka yang dijangkiti mampu hidup antara tujuh haru hingga dua minggu sahaja.

Sungguhpun begitu, terdapat kaedah untuk mengelakkan daripada jangkitan itu berlaku. Jangan sesekali merendam kepala anda dalam sungai berkenaan.

Malah pihak berkuasa New Zealand telah memasang papan tanda amaran menghalang para pengunjung daripada menyelam.

Sumber Nothing Familiar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here