
Tarikan terbaru untuk anda yang mencari port baru untuk staycation. Perjalanan untuk datang ke port baru ni pon cuma 1 jam sahaja jika anda dari Kuala Lumpur.
Port yang dimaksudkan itu adalah Pulaithree Retreat yang terletak di Kuala Kubu Bharu. Kawasan ini merupakan kawasan yang agak berbukit. Jadi rumah rehat ini terletak di atas bukit. Soal tentang view, kena sambung baca sampai bawah.
Satu lagi extra point untuk anda wajib datang ke sini adalah tempat ini boleh memuatkan sebanyak 7 orang. Boleh rancang bersama rakan baik untuk lepak di sini.
Di sini juga terdapat infinity pool di mana anda dapat melihat seluas luas pemandangan sambil berenang di situ. Bayangkan pemandangan waktu tengah mandi pon dah cantik, apatah lagi waktu pagi? Di tambah pula waktu matahari jatuh, memang confirm cantik punya.
Kalau yang plan untuk datang dalam berkumpulan tu, anda boleh mengadakan malam BBQ. Segala peralatan dapur sudah disediakan di dalam rumah ini.


Yang paling best di sini adalah biliknya. Ia akan membuatkan anda seperti berada di bilik anda sendiri. Dekorasi bilik yang sangat minimalist membuatkan bilik ini menjadi agak luas dan kelihatan tenang dengan tirai berwarna putih.

Rumahnya ini sememangnya sangat luas dan jika untuk aktiviti berkumpulan sangatlah berbaloi untuk datang ke sini.
Semestinya tempat ini sangat menenangkan jiwa. Dengan lokasinya yang agak terpencil di kawasan kawasan bukit, lebih menambahkan lagi ketenangan yang dicari-cari.
Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh melawat akaun twitter twitter.com/IsskndarAriffin berkenaan dengan post tempat ini, ataupun anda boleh terus menempah Pulaithree Retreat ini dia airbnb!