Home MALAYSIA HOTEL & RESORT Staycation Mood Nature di Lalang Resort & Spa, Jeli, Kelantan.

Staycation Mood Nature di Lalang Resort & Spa, Jeli, Kelantan.

5568

Tak sangka rupa-rupanya di Jeli, Kelantan pon ada tempat staycation yang menarik juga untuk didiami. Anda pasti bakal menyukai tempat ini.

Tempat yang dimaksudkan itu adalah Lalang Resort & Spa. Ianya terletak di Bukit Kudung, Jeli. Jadi apa yang best di sini?

Pelbagai pilihan bilik yang disediakan di sini. Bilik yang dibina di sini sangat unik dan sangat cantik. Ditambah lagi dengan suasana yang nyaman dan pemandangan alamsemulajadi yang unik ini menyerikan lagi resort ini.

Terdapat juga bilik yang dibina bentuknya seperti bentuk kayu balak. Sangat kreatif dan unik idea yang diterapkan oleh pemilik resort ini. Mungkin sebab itu puncanya ramai orang yang datang tertarik untuk datang ke sini.

Terdapat satu cafe yang sangat menarik dan menyediakan hidangan yang lazat dan enak iaitu Laila Majnun. Di sini anda boleh hilangkan rasa lapar dan dahaga dengan memesan pelbagai jenis menu yang terdapat di sini.

Pada waktu malam merupakan waktu yang paling menarik untuk datang ke cafe ini. Hiasan lampu yang terang dan dekorasi yang sangat cantik membuatkan cafe ini kelihatan seakan restoran mewah. Baru lah dapat tambahkan lagi selera untuk menikmati hidangan di sini.

Tambahan lagi, anda juga boleh bergambar di Menara Lalang yang berada di sekitar kawasan ini juga. Sebagai tanda kenang-kenangan juga, anda turut bolehh membeli cenderahati untuk dibawa pulang dari Jeli.

Di sini juga tempat untuk aktiviti rekreasi iaitu kawasan air terjun. Dikelilingi bukit yang besar, air terjun di sini bukan sahaja seronok untuk bermandi manda, malah sesuai juga untuk anda meluangkan masa untuk tenangkan diri dan dekatkan diri bersama alam semulajadi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh kunjungi laman rasmi mereka iaitu Lalang Resort & Spa untuk mengetahui maklumat lebih lanjut. Di sini juga anda boleh lakukan tempahan terus dengan menghubungi nombor panggilan mereka.

sumber gambar: twitter Jomkitamy & Lalang Resort & Spa