Home MALAYSIA HOTEL & RESORT Staycation Hujung Minggu di Kloe Hotel, Bukit Bintang

Staycation Hujung Minggu di Kloe Hotel, Bukit Bintang

2363
0

Berita baik untuk orang Kuala Lumpur. Hilangkan rasa bosan hujung minggu anda dengan berstaycation di Kloe Hotel yang sangat menarik dan unik.

Hotel yang terletak di Jalan Bukit Bintang, Imbi ini bakal memberikan anda keceriaan dan hilangkan stress yang anda lalui sewaktu hari kerja anda.

Malah anda boleh datang ke sini bersama rakan anda dan menghangatkan lagi suasana staycation anda di sini

Dengan harga yang hanya bermula RM200 satu malam sahaja (bergantung pada harga terkini), menunjukkan hotel ini sangat berbaloi untuk didiami.

Tambahan pula, lokasi yang agak strategik ini memberikan anda kelebihan untuk lepak di Pavilion di mana ia cuma mengambil masa 10 minit sahaja jarak memandu.

Best lah kan apabila bermalam di sini dan anda boleh juga datang lepak di kawasan sekitar Pavilion yang terletak tidak jauh dari hotel anda.

Anda juga boleh dapatkan masakan yang sedap ataupun lepak di cafe mereka. Di sini anda boleh dapatkan suasana yang agak tenang dan nyaman.

Dekorasi serta hiasan yang sangat cantik membuatkan kawasan ini digemari ramai pelanggan yang datang ke sini.

Kalau dah stress tu, apa kata datang weekend dah berstaycation di Kloe Hotel ini untuk hilangkan stress anda.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi facebook mereka iaitu Kloe Hotel untuk dapatkan promo terkini ataupun perkembangan tentang hotel ini.

sumber gambar: Kloe Hotel

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here