Home MALAYSIA HOTEL & RESORT Staycation Di Perak Ditambah Lagi Dengan Hotspring di Banjaran Hotspring Retreat...

Staycation Di Perak Ditambah Lagi Dengan Hotspring di Banjaran Hotspring Retreat & Resort!

2939
0

Untuk anda yang tengah merancang untuk bercuti, dan ingin datang ke Perak, anda boleh datang ke Banjaran Hotspring Retreat & Resort.

Apa yang menarik di sini, jika anda inginkan percutiaan yang privasi, dan glamor di sini merupakan tempat yang tepat untuk anda.

Tambahan lagi, apa yang lagi istimewanya di sini adalah, terdapat penyediaan ‘Hotpspring’ untuk semua pelanggan yang menginap di sini. Semua orang dapat menikmati pengalaman bermandi di dalam hotspring yang best ini.

Apa yang membuatkan ia lagi menarik, hotspring ini terletak di dalam kawasan gua. Kiranya kawasan gua kan sejuk, anda mandi di hotspring yang suam dan panas ini menambahkan lagi rasa seronok untuk anda kekal berendam di situ.

Selain dari itu, berkenaan dengan perkhidmatan penginapannya pula, bilik yang disediakan juga amat menarik dan eksklusif.

Terdapat bilik yang disertakan bersama private pool di kawasan bilik tersebut.

Di kawasan sekitar resort ini juga terdapat kawasan heated pool yang terbuka dan boleh dimuatkan ramai orang. Ditambah pula servis spa dan urutan badan turut menjadi tarikan pelanggan yang datang ke sini.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh ikuti perkembangan mereka di laman facebook mereka facebook.com/banjaranhotsprings/ ataupun anda boleh membuat tempahan di agoda, booking.com dan juga tripadvisor.com.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here