Home HOTEL & RESORT Staycation Baru Yang Gempak di Kuak Hill Resort, Lenggong!

Staycation Baru Yang Gempak di Kuak Hill Resort, Lenggong!

878
0

Anda mencari tempat staycation yang terdapat pemandangan gunung ganang yang cantik, serta tempat bermandi manda yang best? Jangan risau anda boleh datang ke Kuak Hill Resort yang terletak di Lenggong, Perak.

Walaupun tempat ini masih belum beroperasi, tetapi mungkin anda boleh tengok dahulu ‘sneak peek’ tempat ini. Confirm anda pasti suka dengan resort ini.

Kuak Hill Resort ini menyediakan pelbagai jenis penginapan. Jika anda jenis yang suka travel secara lasak, anda boleh menempah khemah mereka.

Untuk mereka yang inginkan bilik untuk keluarga, terdapat juga bilik/homestay yang luas dan cantik untuk ditempah.

Kedudukan setiap bilik juga agak menarik, kerana semua bilik dapat menikmati pemandangan dari atas bukit yang sangat cool.

Terdapat juga kawasan kolam renang untuk pelanggannya. Dapat mandi sambil menikmati pemandangan dari atas bukit merupakan satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

Untuk mereka yang datang dalam berkumpulan, anda boleh melakukan aktiviti BBQ dan bersantai bersama rakan rakan sambil menikmati angin bukit dan pemandangan yang indah.

Jangan lupa untuk kunjungi facebook mereka www.facebook.com/HelloKuak/ untuk mengetahui perkembangan terkini tentang tempat ini.

sumber : twitter Jomkitamy

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here