Home MAKAN-MAKAN Signature Watermelon Cake Jadi Taruhan di Naj & Belle!

Signature Watermelon Cake Jadi Taruhan di Naj & Belle!

2554
0

Kafe yang mempunyai tiga cawangan di kawasan Lembah Klang ini memang menarik untuk anda terokai bersama keluarga dan rakan-rakan.

Nama Naj & Belle semestinya dikenali oleh mereka yang menggemari aktiviti café hopping di waktu senggang.

Setakat ini, Naj & Belle mempunyai tiga cawangan yang terletak di Jalan Tandok, Bangsar, SS15 Subang dan KL East Mall yang baru sahaja dibuka.

Dengan setiap cawangan yang mempynyai suasana selesa dan cosy, Naj & Belle juga menyediakan aneka jenis juadah makanan yang sangat menyelerakan.

Apa yang menariknya, Signature Watermelon Cake menjadi taruhan untuk kafe ini kerana rasanya yang manis dan enak, pertama di Malaysia tau!

Dari hidangan salad, brunch, sandwiches, pasta, pemanis mulut dan banyak lagi, pastinya sajian enak ini bakal membangkitkan selera anda!

Bagi penggemar caffeine, kafe ini juga menyediakan secangkir kopi yang enak untuk anda nikmati bersama rakan-rakan.

Jadi, apa tunggu lagi, selepas selesai sahaja PKP ini, rancang perjalanan anda untuk menikmati juadah lazat di Naj & Belle!

Kredit: Instagram Naj & Belle

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here