Home LAIN-LAIN Seni Mural Wajah 16 YDPA Malaysia dan Sultan Sultanah Selangor Diabadikan Pada...

Seni Mural Wajah 16 YDPA Malaysia dan Sultan Sultanah Selangor Diabadikan Pada Pesawat Boeing

140

Hebat sentuhan tangan anak tempatan yang telah menghasilkan mural wajah 16 Yang Di Pertuan Agong serta Sultan dan Sultanah Selangor di Kuala Lumpur.

Terletak di Palace of Golden Horses Kuala Lumpur mural itu mengambil masa selama sebulan untuk disiapkan dengan hasil terakhir yang sangat kemas dan terperinci.

Cabaran utama menyiapkan mural berkenaan sudah tentu berlumba dengan cuaca yang tidak menentu dan usaha untuk menyiapkan mural berkenaan secepat yang mungkin.

Lebih membanggakan, mural ini bukanlah lukisan pada dinding bangunan, kanvas mahupun kertas, sebaliknya di atas permukaan pesawat Boeing 737.

Selain mengetengahkan wajah Sultan dan Sultanah Selangor termasuk 16 YDPA, kanva pada badan pesawat turut menyelitkan bangunan ikonik sekitar Kuala Lumpur.

Landscape bangunan di sekitar KL antara yang menjadi sumber inspirasi kepada dua anak muda menyelitkan unsur berkenaan antara wajah-wajah diraja.

Apa yang pasti, hasilnya amat menakjubkan. Namun sedikit pelik mengapa wajah Queen Elizabeth berada setaraf dengan raja-raja Melayu.

Mungkin taraf negara komanwel melayakkan Ratu England itu berada sebaris dengan raja-raja Melayu. Mungkin ya..

Tahniah anak Malaysia!!

Sumber Yong Tok Kesah