
Dalam keadaan sekarang ni mesti ramai yang tengah stress dengan kerja kan? Jadi di sini saya akan ingin ‘share’ satu tempat untuk ‘short getaway’ agar anda boleh hilangkan sekejap stress anda dan dapat balik keyakinan dan kesungguhan untuk menghadapi kerja yang bertimbun itu.
Tempat yang saya maksudkan adalah Sekeping Jugra yang terletak di Petaling Jaya. Sekeping Jugra merupakan sebuah kediaman rumah banglo lama yang dibaik pulih dan dijadikan sebagai rumah tamu untuk tujuan pelancongan. Ianya cuma mengambil masa tidak lebih dari 10 minit pun jika anda berada di MidValley. Jadi apa yang best dengan tempat ni? Jom sambung baca di bawah.

Di sini anda boleh menikmati ‘swimming pool’ yang boleh memuatkan lebih kurang 15 orang di bawah dedaunan pohon yang rimbun. Terdapat juga kawasan ‘dining’ dan dapur yang disediakan. Bagi mereka yang nak tambah koleksi gambar di instagram, di sini sangat sesuai untuk anda. Gaya dekorasi yang sangat minimal membuatkan ia sangat luas dan cerah.

Terdapat empat bilik yang disediakan di sini. Antara biliknya adalah Mini Courtyard Room, Medium Courtyard Room, Maxi Courtyard Room, Maxi Courtyard Room dan Water Courtyard Family Room. Setiap bilik mempunyai pilihan harga yang berbeza.

Apa yang membuatkan ia berjaya menarik perhatian ramai adalah kerana biliknya yang sangat selesa dan tenang. Lagi satu, kemudahan yang disediakan di sini juga direka mengikut konsep klasik dan tambahan lagi tandasnya semua ‘open space’ dimana anda boleh ‘feeling in nature’.

Lebih bagus jika anda dapat datang ke sini pada hari minggu kerana tak ramai yang check-in di sana, jadi anda boleh menikmati seluruh banglo tersebut seperti mandi pool tanpa ramai orang, boleh tangkap gambar untuk instagram dan pelbagai lagi. Tidak lupa juga, bagi mereka yang ingin menyambut hari lahir ataupun reunion, anda juga boleh membuat tempahan di sini.