Home OVERSEAS TRAVEL Sedekad Mengembara Dunia, Claudio Piani Belum Puas Menikmati ‘Cinta’

Sedekad Mengembara Dunia, Claudio Piani Belum Puas Menikmati ‘Cinta’

1723
0

Cinta terhadap pengembaraan, seorang pemuda dari Itali, Claudio Piani telah mengabadikan kehidupannya untuk mengembara sejak 10 tahun yang lalu.

Telah menawan 79 buah negara sejak tahun 2010, kegigihan jejaka ini bukan mengenai berapa buah negara yang telah dilawati, sebaliknya kaedah dia berkunjung ke setiap negara.

Sejak tahun 2010, Claudio telah berkunjung ke setiap negara menggunakan kaedah Campervan, hitchikin, berjalan kaki termasuk berbasikal.

Namun dalam kebanyakkan kaedah melancong tersebut, dia lebih popular merentas benua menggunakan sebuah campervan terutama melibatkan negara yang berhubung di sekitar benua Eropah.

Menariknya setiap kali melancong atau lebih sesuai melempiaskan eksplorasinya, dia akan mengambil cuti selama setahun dan bekerja dalam tempoh yang sama.

Melakukan pelbagai pekerjaan, dia pernah menjadi guru peribadi bahasa Inggeris untuk golongan pelajar elit di China termasuk bekerja selama 16 jam sehari.

Menurut Claudio, dia sedar untuk meneruskan hobinya dia perlu mempunyai duit, maka dia bersedia untuk melakukan pelbagai jenis pekerjaan dalam sehari demi mengumpulkan duit secukupnya.

Selain itu, Campervan miliknya juga menyediakan pelbagai gambar menarik sepanjang pengembaraannya di seluruh dunia.

Walaupun mengakui ada kala ada yang menganggap kaedah melancongnya sekadar memanipulasi ehsan dan sumbangan orang ramai, Claudio tidak endah dengan tuduhan tersebut.

Sepanjang 10 tahun pengalamannya, Claudio telah menghasilkan dua buah buku iaitu Vagabondiario dan Una Vita Incredible.

Salah satu daripada buku tersebut kini telah dialih bahasa dalam Inggeris.

Apa yang penting, Claudio tidak menyentuh hasil keuntungan jualan naskhah tersebut sebaliknya didermakan kepada anak-anak yatim piatu di Nepal.

Claudio berkata, orang yang tidak memahami hobinya akan terus mengecam. Namun baginya, hidup hanya sementara dan dia mahu isi dunia mengetahui keindahan kehidupan di alam ini.

Sumber Instagram claudiopiani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here