Home LAIN-LAIN PERCUTIAN PULAU Pulau Kapas, Permata Terengganu Wajib Pergi

Pulau Kapas, Permata Terengganu Wajib Pergi

2070
0

Terengganu merupakan salah satu negeri yang menjadi tumpuan ramai bagi sektor pelancongan. Oleh kerana kedudukannya yang terletak di pantai timur Malaysia jadi negeri ini dilengkapi dengan pulau yang cantik serta indah. Apabila bercerita tentang pulau, di Terengganu ini terpatrinya sebuah pulau yang bernama Pulau Kapas.

sumber: thevocket.com

Pulau Kapas ini terletak di Marang dan jika anda ingin ke pulau ini anda perlu menaiki feri dari jeti Marang yang mengambil masa yang tidak lebih dari 20 minit. Ada sesetengah pihak memberi ‘review’ bahawa Pulau Kapas ini mempunyai magis yang boleh membuatkan orang yang datang ke sini rasa seperti tidak mahu pulang. Jadi apa rahsia dan magis yang ada di Pulau Kapas ini?

sumber: faraamusa.blogspot.com

Sebenarnya tiada sebarang kuasa magis langsung di pulau ini, tetapi yang membuatkan ianya berjaya menarik perhatian pengunjung yang datang ke sini adalah kerana keindahan serta ianya sangat unik berbanding dari pulau yang lain. Ianya tidaklah mempunyai rangkaian teknologi yang canggih mahupun hotel bertaraf lima bintang di situ. Ianya hanyalah sekadar pulau biasa.

Pulau Kapas ini boleh membebaskan anda dari stress apabila berada di bandar malah ia rangkaian internet yang tidak jelas di situ menambahkan lagi rasa untuk anda yang ingin meluangkan masa untuk diri sendiri tanpa diganggu.

Dari segi penginapan di situ pula, terdapat beberapa pilihan tempat seperti Gem Island Resort & Spa dan Kapas Island Resort. Mereka menawarkan harga yang berpatutan serta ada pakej penginapan yang dilengkapi dengan makan. Soal tentang bajet yang perlu apabila datang ke sini tidak perlu risau kerana semuanya berada dalam lingkungan mampu milik dan tidak mahal.

sumber: agoda.com

Bagi aktiviti yang dapat dilakukan di sini selain dari bermandi manda di pantai adalah anda dapat melakukan aktiviti snorkeling. Pakej yang disediakan juga agak murah dan berpatutan. Anda dapat melihat air laut yang kebiruan serta jenih. Pelbagai spesis hidupan yang dapat dilihan di sini. Anda juga dapat melihat suasana matahari jatuh di waktu senja di tepi pantai yang sangat tenang dan pemandangan yang sangat jelas.

sumber: thevocket.com
sumber: faraamusa.blogspot.com

Pulau Kapas sudah menjadi ‘signature places’ apabila orang berbicara untuk datang bercuti di Terengganu. Ramai yang datang ke sini dan menceritakan banyak pengalaman manis walaupun di sana tidaklah mempunyai banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Bagi mereka yang sukakan privasi ketika bercuti dan tidak suka akan tempat yang agak ‘crowded’, anda boleh datang ke sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here