
Persis seperti seni bina artistik di Greece dan menghadap Selat Melaka, The Amanjena Resort menawarkan nuansa percutian ala di Eropah.
Jika melewati struktur dan sentuhan arkitek di The Amanjena Resort saling tidak tumpah seperti berada di Santorini di Greece.

Sementelah elemen palet putih dan biru laut yang banyak diaplikasikan di ruangan dinding serta paduan perabot berwarna pastel menaikkan lagi feel Santorini di sini.
Malah The Amanjena Resort menerapkan elemen cycladic architecture iaitu konsep bangunan yang dibina dengan elemen cubicle dan bertingkat-tingkat.

Lokasinya yang strategik di Pengkalan Balak berhadapan dengan Selat Melaka merupakan tambah nilai utama di resort ini.
Biarpun tidak menawarkan kemudahan bermandi manda di laut, namun keindahan panorama Selat Melaka cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja terpesona.


Apatah lagi jika suasana damai itu disaksikan dari beranda, jendela atau santai dari ruang resort yang anda diami.
Bagaimanapun, jangan khuatir kerana The Amanjena Resort tetap menyediakan kemudahan kolam renang untuk anda yang gemar mandi matahari…

Secara rawak melihat kemudahan di resort ini persis hotel-hotel mewah yang pastinya menawarkan kadar harga tinggi.
Ternyata, telahan itu meleset kerana setiap ruang di resort ini ditawarkan pada harga standard dan berpatutan.

Harga yang ditawarkan serendah RM350 hingga RM650 semalam. Kadar harga ditetapkan mengikut pilihan anda seperti bilik individu, pasangan dan keluarga.
Malah harga berbeza juga ditetapkan untuk mereka yang dambakan pemandangan Selat Melaka dan kolam renang dari bilik penginapan masing-masing.

The Amanjana Resort terleta kira-kira 50 minit pemanduan daripada Jonker Walk, manakala kira-kira 26 kilometer ke pusat bandaraya Melaka.
Anda mahu feel seakan di Santorini….inilah lokasi terbaik untuk anda..

Sumber: Places Malaysia