Home MAKAN-MAKAN Sambil Makan Sambil Kita Bergambar di Ludwig, Penang!

Sambil Makan Sambil Kita Bergambar di Ludwig, Penang!

2517
0

Penang, nama yang tidak asing lagi dan sentiasa menjadi buah mulut orang ramai oleh kerana kesedapan makanan yang ada di situ serta keindahan pulaunya yang cantik. Untuk kali ini, siapa yang bercadang untuk datang ke Penang, anda disarankan untuk singgah di Ludwig Softserve.

sumber: twitter hazimmhalimm

Apa yang ada di kedai ini? Ludwig Softserve ini terletak di Georgetown. Cafe ini menyediakan ‘pastry’ dan ‘softserve’ iaitu aiskrim dan kek serta kopi untuk santapan di bawah panas matahari terik.

Penang kan ‘panas’, jadi apabila singgah di sini dapatlah sejukkan tekak yang dahagakan minuman yang lazat di sini serta isikan sedikit perut dengan pencuci mulut di sini.

sumber: Penang Foodie

Jangan terkejut kalau anda sampai ke sini dan melihat ramai orang yang datang ke sini. Apa yang membuatkan ramai datang ke sini? Sebabnya adalah cafe ini adalah salah satu juga tempat yang ‘insta-worthy’.

sumber: twitter hazimmhalimm

Anda dapat lihat sendiri dekorasinya yang sangat menarik. Mereka menggunakan hiasan warna yang lembut yang berjaya menambat hati ramai pengunjung dari luar kawasan mahupun penduduk sekitar itu.

sumber: foursquare.com

Tempat ini sesuai untuk bawa keluarga serta kekasih hati untuk ‘dating’ romantik. Sambil makan ‘softserve’ di situ yang manis ditambah lagi kemanisan wajah kekasih hati, kan best macam tu?

Dah plan nak datang Penang? Masukkan tempat ini dalam list tempat yang ingin dikunjungi apabila sampai di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here