Home MALAYSIA HOTEL & RESORT Resort Mewah Yang Sangat Wow! Cuma di One & Only Desaru Resort,...

Resort Mewah Yang Sangat Wow! Cuma di One & Only Desaru Resort, Johor!

605

Mencari tempat percutian yang classy dan eksklusif? Ataupun tengah mencari tempat honeymoon yang wow? Anda boleh datang ke One & Only Desaru Resort yang terletak di Johor.

Manalah tahu hari ni cuma berangan saja, tiba tiba nanti dah cukup duit untuk datang ke sini. Ya betul, tempat ini memang tempat penginapan yang sangat mewah.

Resort ini dikategorikan sebagai ‘ultra-luxury’. Memang harga yang ditetapkan di sini confim meletop lah.

Resort yang terletak bersebelahan dengan pantai Desaru. Anda bukan sahaja menikmati penginapan yang mewah malah ditambah lagi dengan suasan pantai yang cantik dan tenang.

Tiga pakej yang bakal ditawarkan untuk anda iaitu Rainforest Suite, Ocean Suite dan juga Villa One. Jangan setiap pilihan bilik ini disertakan sekali private pool untuk anda.

Setiap pilihan bilik ini akan menyajikan pengalaman yang berbeza kepada pelanggannya. Confirm anda takkan menyesal dan lupa punyalah pengalaman apabila datang ke sini.

Selain dari kenikmatan pantai, anda juga boleh merasai pengalaman spa, urutan badan, bermain golf dan pelbagai lagi.

Untuk golongan elit, tempat ini pasti bakal menjadi pilihan utama anda apabila anda ingin bercuti di Johor.

Senang cerita, layanan serta perkhidmatan yang disediakan di sini memang luar biasa dan termasuk juga harga yang ditawarkan juga luar biasa.

Apa apa pun, jika anda rasa anda mampu, ataupun mempunyai duit lebih, anda boleh datang ke sini untuk menikmati sendiri pengalaman berada di resort yang mewah di Desaru!

Anda boleh kunjungi laman sesawang rasmi resort ini iaitu oneandonlyresorts.com/desaru-coast untuk menempah ataupun overview tentang tempat ini.

Sumber: twitter Jomkitamy