Home MALAYSIA Rasai Pengalaman Unik Menaiki Perahu Kolek Di Kota Bharu, Kelantan!

Rasai Pengalaman Unik Menaiki Perahu Kolek Di Kota Bharu, Kelantan!

3567
0

Pernah dengar mengenai perahu kolek? Bagi anda yang tidak tahu, perahu kolek merupakan salah satu pengangkutan air orang Melayu.

Biasanya, perahu kolek hanya beroperasi dalam kawasan air tenang dan ia merujuk kepada perahu kecil yang digunakan di kawasan persisiran pantai.

Antara jenis-jenis perahu kecil dalam kelompok kolek adalah perahu gelibat, kueh kecil, licung, kueh, pengail, kolek, dan kolek buatan barat.

Perahu kolek ini dibina dan didatangkan khas dari wilayah Pattani, Thailand Selatan kerana pemilik dan nelayan setempat di Kelantan dikatakan sudah tiada lagi kepakaran yang mampu membina perahu kolek ini dari awal pembuatan sehingga akhir pembuatan.

Kepakaran mengecat perahu kolek juga tidak dapat menandingi hasil karya tukang cat dari wilayah Langkasuka.

Perahu kolek juga dieja sebagai “Kolea” di Pattani, dikatakan mampu bertahan sehingga 30 tahun kerana ia dibuat 100% daripada kayu cengal yang terkenal dengan ketahanan terhadap suhu dan cuaca persekitaran setempat.

Kini, anda boleh merasai sendiri pengalaman menaiki perahu kolek jika berkunjung ke Kota Bharu, Kelantan!

Menjadi satu tarikan pelancong, aktiviti ini dikongsikan di Facebook rasmi Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan.

Pengunjung juga dapat merasai pengalaman menaiki perahu kolek ini untuk ke destinasi terpilih seperti Pasar Terapung Pengkalan Datu, Kota Bharu dan juga Masjid Ar Rahman, Pulau Gajah, Kota Bharu dengan hanya bayaran sebanyak RM 10.00 sahaja.

Ha, apa tunggu lagi? Kalau ke Kota Bharu, jangan lupa rasai sendiri pengalaman menaiki perahu kolek!

Sumber & Kredit foto: Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here