Home MALAYSIA Rasai Keunikan Bercuti Ala Kampung Di Pulau Langkawi

Rasai Keunikan Bercuti Ala Kampung Di Pulau Langkawi

2104
0

Biarpun kita sedang menyesuaikan diri dengan norma baharu kerana wabak COVID-19, ramai juga yang merancang untuk bercuti bersempena sambutan tahun 2021 tidak lama lagi.

Bercuti tu tak salah, tapi semua pihak harus menjaga SOP dan mengambil langkah berjaga-jaga tau.

Ha, kepada anda yang mahu bercuti suasana ala kampung tu, apa kata anda cuba masukkan The Daun Resort yang terletak di Langkawi sebagai destinasi pilihan anda.

Resort bersuasana kampung ini terletak satu kilometer sahaja dari Pantai Cenang, jadi senanglah kalau nak berjalan di sekitar pantai atau nak ronda-ronda ambil angin malam!

Di sekeliling resort ini pun terdapat banyak tarikan menarik tau!

Ada sungai kecil, gunung ganang di kiri dan kanan resort serta rumah-rumah yang didirikan dalam bentuk tradisi Melayu.

Bila anda melangkah masuk ke sini, memang syok, terus rasa macam kampung sendiri tau!

Konsep yang ditampilkan oleh lokasi ini adalah rumah kampung chalet. Ada chalet standard dan chalet untuk keluarga.

Setiap chalet ada kemudahan lengkap, termasuk aircond, shower, WiFi, peti ais, cerek dan mini bar.

Siap ada chalet yang ada kemudahan jacuzzi lagi tau, bayangkan memanjakan diri dengan sesi jacuzzi di rumag ala kampung, best sangat!

Ha, kepada anda yang nak cuba bercuti ala kampung tu, jangan lupa untuk singgah ke The Daun Resort, Jalan Kuala Muda, Langkawi!

Sumber & kredit foto: FB Kedah Tourism

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here