Home MALAYSIA HOTEL & RESORT Rasai Angin Laut Dari Kamar di Villaku Residence di Balok, Pahang

Rasai Angin Laut Dari Kamar di Villaku Residence di Balok, Pahang

2436
0

Akhirnya kerajaan membenarkan rakyat Malaysia untuk rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran polis bagi kawasan PKPB serta PKPP sahaja.

Pengumuman itu sudah pastinya menjadi berita baik kepada pemain industri pelancongan tempatan dan kaki travel khususnya.

Tanpa berlengah, jom kita bantu pengusaha pelancongan tempatan menaikkan semula ekonomi mereka dan kelangsungan aliran tunai dalam negara.

Dalam teruja boleh melancong, Triphackerz terjumpa satu posting lokasi staycation yang awesome di Pahang.

Terletak di Kampung Pantai Balok, sebuah inap desa yang diberi nama Villaku Residence sesuai untuk keluarga dan kumpulan besar berkumpul.

Mempunyai enam buah bilik di samping kemudahan kolam renang di hadapan pintu beranda, sudah tentu menyuntik nilai eksklusif sepanjang menginap di sini.

Selain kemudahan kolam renang yang luas, kediaman ini juga dibina berhadapan dengan Pantai Balok.

Ya berdasarkan komen di Facebook Villaku Residence at Balok anda boleh menikmati angin pantai dari dalam bilik.

Jika anda tidak berminat dengan pantai dan kolam renang, boleh sahaja meluangkan masa di ruang santai yang menyediakan pelbagai kemudahan game termasuk set snuker.

Alang-alang duduk berdekatan dengan kawasan pantai, jangan sesekali melepaskan peluang menikmati keindahan matahari terbit dan terbenam.

Oppss…sepanjang 4 hingga 6 Disember ini terdapat promosi terbaik untuk mereka yang menginap di sini.

Jom wusha lebih lanjut di Instagram staycation.ig

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here