Home MALAYSIA HOTEL & RESORT Port Glamping Baru di Teluk Bahang! Jom Bermalam di Boulder Valley Glamping,...

Port Glamping Baru di Teluk Bahang! Jom Bermalam di Boulder Valley Glamping, Penang!

2828
0

Dalam kesibukan bekerja, mesti sekali sekala kita inginkan percutian yang dapat menghilangkan rasa kesesakan serta kepenatan yang tersepit dalam diri.

Rasanya tempat yang sesuai untuk menghilangkan perkara tersebut adalah percutian di sekitar kawasan alam semulajadi. Lagi best, jika tempat tersebut terletak berdekatan dengan alam semulajadi dan ianya glamping!

Port percutian yang relax dan santai serta berkonsepkan glamping ini boleh dikunjungi di Boulder Valley Glamping yang terletak di Teluk Bahang, Penang.

Apa yang menariknya, setiap bilik yang terletak di lokasi yang sangat dekat dengan alam semulajadi yang bakal memberikan anda udara yang segar.

Setiap bilik mempunyai harga pakej yang tersendiri. Di sini terdapat 3 pilihan bilik seperti khemah Safari, khemah Villa dan chalet. Setiap blik bakal memberikan kepuasan yang tersendiri. Yang penting, percutian yang membebaskan anda dari kesesakan serta mendekatkan diri dengan alam semulajadi tercapai.

Kemudahan yang disediakan seperti swimming pool dan kelas yoga menambahkan lagi kenikmatan percutian anda. Bayangkan anda bermandi manda di swimming pool sambil menikmati pemandangan alam semulajadi yang cantik dan indah.

Jadi, Boulder Valley Glamping adalah tempat yang tempat jika anda mencari penginapan atau percutian yang berkonsepkan alam semulajadi.

Untuk short getaway juga amar disarankan untuk anda datang ke sini. Confirm takkan kecewa punyalah. Jika anda inginkan maklumat lebih lanjut, jom ke laman rasmi mereka iaitu bouldervalleyglamping.com.my/.

sumber: penangfoodie.com/boulder-valley-teluk-bahang-penang/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here