Home MALAYSIA Tak Perlu ke Thailand, Kat Bagan Datoh Perak Pun Ada Sunflower Garden...

Tak Perlu ke Thailand, Kat Bagan Datoh Perak Pun Ada Sunflower Garden Tau

238
0

Selalunya perempuan sajalah yang suka akan bergambar bersama dengan bunga. Jom kita lihat satu port baru yang terdapat di Bagan Datoh, Perak.

Tempat yang dimaksudkan itu adalah Ladang Bunga Matahari. Sebelum ini ramai yang perlu ke negara jiran iaitu Thailand untuk mendapatkan gambar bersama bunga matahari. Kini, masa anda dapat dijimatkan lagi, tidak perlu travel sejauh itu semata mata untuk dapatkan gambar tersebut.

Ditambah pula, kini kita dilanda pandemik, jadi lebih digalakkan untuk kita melancong secara domestik sahaja.

Jika anda bercadang untuk berjalan di sekitar Perak, masukkan juga ladang bunga matahari ini dalam senarai tempat yang perlu dikunjungi.

Tidak lengkap percutian tanpa gambar yang menarik, jadi di sini bakal menambahkan lagi galeri telefon bimbit anda dan dapat menambahkan gambar di media sosial anda.

Selain itu, ladang bunga matahari ini bukan sahaja terdapat di sini, anda juga boleh kunjungi ladang bunga matahari yang lain di Perlis iaitu di Sungai Batu Pahat.

Untuk mereka yang ingin datang ke sini, waktu operasinya bermula dari 9 pagi hingga 5 petang. Bayaran masuk juga cuma RM 10 sahaja. Murah kan?

Jom ramai ramai ke Sungflower Garden ini untuk dapatkan gambar yang cantik dan melihat keindahan serta keemasan bunga matahari!

sumber: rileklah.com/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here