Home LAIN-LAIN Perutian di Ruang Angkasa Mengelilingi Orbit Bumi Pada Kadar RM20.6 juta Tiga...

Perutian di Ruang Angkasa Mengelilingi Orbit Bumi Pada Kadar RM20.6 juta Tiga Malam

314

Kos penginapan mencecah sehingga USD5 juta ( RM20.6 juta) untuk tiga malam, hotel ini mungkin menjadi penginapan termahal pada abad ini.

Bagaimanapun, perkhidmatan hotel ini hanya boleh dinikmati sepenuhnya pada tahun 2027 selepas pelancaran hotel berkenaan di ruang angkasa.

Ya hotel berkenaan tidak mungkin dapat dirasai rakyat marhaen sebaliknya mampu dinikmati mereka yang bergelar trillion billionairea atau emas bergunung-gunung.

Orbital Assembly nama hotel berkenaan kini hanya berbaki 6 tahun sahaja untuk disiapkan dan beroperasi secara rasmi.

Menawarkan perkhidmatan hotel di ruang angkasa terdapat tambah nilai hiburan di hotel tersebut seperti persembahan eksklusif artis ternama Hollywood.

Sudah tentu nama Queen B atau Beyonce antara menjadi sebutan artis pilihan yang dipilih melakukan persembahan di lokasi unik seperti ini. Mungkin dia juga menempa gelaran artis pertama melakukan persembahan di ruang angkasa.

Menyentuh mengenai kemudahan hotel Orbital Assembly tiada yang berbeza kerana masih menyediakan kemudahan bilik, gimnasium, kolam renang dan kemudahan lain sebagai sebuah hotel.

Namun bentuk Orbital Assembly mungkin satu-satunya hotel berbentuk gegelung yang berputar secara perlahan di ruang angkasa.

Perkara paling utama yang diambil kira adalah memastikan ruang tersebut mempunyai graviti seperti di bumi. Sungguhpun begitu, terdapat ruang dibina khusus seperti astranout di ruang angkasa.

Maksudnya di ruang berkenaan penghuni boleh merasai pengalaman terapung persis seperti angkasawan.

Selain itu, Orbit Assembly juga melakukan putaran selama tiga hari di orbit bumi yang memberi peluang kepada pengunjung menikmati keindahan ruang angkasa.

Dengarnya seperti menarik….tetapi sudah tentu pelbagai aspek keselamatan perlu diambil kira untuk memastikan hotel tersebut kekal terapung.

Hotel itu mampu menampung seramai 280 penumpang dan 112 kru hotel dan profesional untuk mengawal kapal berkenaan.

Mengenai pengangkutan pula, perkhidmatan SpaceX Starship akan berulang alik dari Bumi ke Stesen Voyager komersial.

Hmmmmm..min nak ulang alik Langkawi ke Kuala Lumpur menggunakan kapal terbang pun setahun sekali.

Kena tunggu pula promo Free Seat dari Air Asia baru dapat merasa melancong ala-ala oversea.

Inikan pula nak bercuti bayar berjuta….Siapa yang mampu kumpul duit dari kecil…daripada beli cincin baik bercuti ke angkasa…oppsss

Sumber Sinar Plus