Home MALAYSIA Perpustakaan Komuniti L45 Bangsar, Port Baharu Instaworthy

Perpustakaan Komuniti L45 Bangsar, Port Baharu Instaworthy

2790

Dedaunan renek yang menjalar meliputi segenap dinding di sebuah kediaman di ibu kota, Kuala Lumpur pasti membuatkan ramai menganggap bangunan tersebut hanya sekadar rumah usang.

Bagaimanapun jika diamati kembali, rumah kecil berbentuk separuh segi tiga ini terurus rapi. Dinding pagarnya yang dicat dengan warna putih juga bersih. Maka mustahil bangunan ini rumah terbiar semata-mata.

Memberanikan mendekati dan memusingkan tombol pintu bangunan tersebut, ternyata telahan anda meleset kerana bangunan ini merupakan sebuah perpustakaan.

Terletak di Bangsar, Kuala Lumpur, rumah reka bentuk moden ini telah diubahsuai kepada Perpusatakaan Komuniti L45.

Perpustakaan ini memanfaatkan setiap ruang dengan menempatkan lebih 35,000 naskhah buku dan sudut bacaan yang santai untuk ulat buku di luar sana.

Selain pilihan buku pelbagai genre dan sudut bacaan santai, tarikan utama perpustakaan ini ialah seni bina dalamannya yang serba moden persis perpustakaan di negara-negara Eropah.

Sumber gambar: https://instagram.com/rajacuti_official?igshid=18ylhdsc91692

Pencahayaan dalaman perpustakaan bergantung sepenuhnya dengan cahaya matahari. Penggunaan cermin dengan bukaan yang luas antara fakfor cahaya matahari membias di segenap ruang perpustakaan ini.

Bagi peminat tegar fotografi, lokasi ini sangat Instaworthy untuk content Instagram anda.

Sumber: https://www.facebook.com/PlacesMalaysia/