
Sedikit latar belakang tentang Dusun Bonda ini adalah ia merupakan tempat private Villa dan dusun yang unik serta menarik untuk dikunjung. Lebih digalakkan lagi untuk mereka yang mahu mengadakan family day atau aktiviti yang melibatkan ramai orang. Lokasi nya juga agak pedalaman . Tempat ini sangat sesuai untuk menghilangkan stress dan kesesakan dari bandar.

Dusun Bonda menyediakan anda tempat penginapan yang sangat menarik yang terdiri daripada beberapa kategori seperti Studio Villa, Poolside Bell Tent, Riverside Bell Tent dan Hillside Bell Tent. Setiap khemah disediakan tilam yang empuk untuk anda berehat dengan tenang. Anda boleh memilih mengikut citarasa anda.


Untuk mereka yang ingin bangun pagi sambil terdengar bunyi aliran air sungai, anda dicadangkan untuk memilih Riverside Bell tent dan dijamin anda akan terhanyut dengan ketenangan tempat ini. Sangat digalakkan untuk anda datang ke sini kerana pelbagai aktiviti dapat dilakukan di sini selain dari menikmati pemandangan dan suasana yang tenang.

Susunan dan dekorasi di Dusun Bonda ini sangat cantik dan minimal. Warna yang digunakan juga lembut dan sedap mata memandang. Lokasi khemah juga sangat strategik tidak kisahlah pakej khemah mana yang anda ambil, anda masih boleh akses ke seluruh kawasan dusun ini.
Anda juga boleh belajar untuk menjala di kawasan sungai di sekitar kawasan tersebut. Anda turut dapat bermandi manda di kawasan tersebut sambil mengambil gambar untuk kenang-kenangan.

Terdapat juga satu tempat rooftop view di mana anda dapat melihat seluruh kawasan itu. Sudah tentu pemandangan itu merupakan satu pemandangan yang sukar untuk kita dapat dari mana mana tempat yang lain. Malah, di sini juga turut menyediakan tempat serta alatan BBQ. Ia sangat sesuai untuk mereka yang ingin melakukan aktiviti BBQ sambil melihat pemandangan di kawasan sekitar hutan dan sambil menghirup udara segar dari pohon di hutan.

Ianya sangat selesa dan berbaloi untuk anda yang masih mencari tempat percutian untuk keluarga ataupun bersama yang tersayang. Jadi pilihlah Dusun Bonda sebagai lokasi percutian anda yang seterusnya dan jangan lupa untuk tandakan dalam kalendar anda siap siap agar tidak lupa nanti.
sumber: facebook Dusun Bonda & livelifelah.com