Home LAIN-LAIN Perkampungan Di Cerun Bukit Menggerunkan!!

Perkampungan Di Cerun Bukit Menggerunkan!!

1859
0

Bukan sahaja terkenal sebagai sebuah perkampungan tertua di Sepanyol, Castellfollit De La Roca antara perkampungan paling unik di dalam dunia.

Mengapa perkampungan ini dianggap unik, kerana Castellfollit De La Roca merupakan satu-satunya perkampungan yang dibina di atas batuan basalt setinggi 50 meter dari dasar laut.

Perkampungan berusia lebih 1,000 tahun ini masih mempunyai penduduk dengan jumlah kira-kira 1,000 penduduk tempatan.

Lokasi penempatan perkampungan ini terletak di puncak bukit yang menghubungkan lokasi sungai mengalir dari Fluvià dan Toronell.

Sejarah penempatan ini bermula dengan beberapa petak rumah kecil kemudian penempatan semakin bertambah sehingga membentuk kawasan perkampungan di lokasi berkenaan.

Berikutan lokasi mereka yang terletak dengan kawasan gunung berapi La Garrotxa kesemua perumahan di sini dibina menggunakan batu dari gunung berapi.

Malah keadaan perkampungan di sini amat padat dengan laluan jalan yang sempit. Namun perkampungan ini menawarkan panorama yang mengujakan.

Antara lokasi wajib tatkala berkunjung ke perkampungan ini ialah Gereja San Salvador. Gereja ini antara yang tertua di Sepanyol.

Bagi mereka yang gemar aktiviti santai boleh sahaja berjalan di sekitar perkampungan ini dan menikmati setiap pemandangan yang ditawarkan.

Difahamkan sehingga kini tiada kecelakaan berlaku di perkampungan ini.

Kalau min, nak buka tingkap pun gerun!!

Sumber John Mohamed

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here