Home MALAYSIA Museum The Dessert Series, Antara Port Baru di Pulau Langkawi Korang Boleh...

Museum The Dessert Series, Antara Port Baru di Pulau Langkawi Korang Boleh Pergi

491
0
sumber: libur.my

Peluang keemasan untuk para penggemar selfie, serlahkan bakat bergambar anda serta kreativiti anda apabila anda tiba di Selfie Museum The Dessert Series.

Di sini, anda bakal melihat pelbagai jenis ‘dessert’ yang dicipta untuk tujuan bergambar. Anda bakal penuhkan memori telefon anda dengan mengambil gambar setibanya anda di sini.

Apa yang membuatkan ia menarik adalah kerana keunikan setiap dekorasi dan ia seakan-akan membuatkan anda berada di dunia yang lain. Pembangunan industri seni galeri ini agak sukar mendapat sambutan yang hangat dari para pengunjung tidak kira di mana tempat ia dibangunkan.

sumber: libur.my

Di dalam muzium ini mempunyai pelbagai jenis seni yang diterapkan dan salah satu yang menjadi tumpuan adalah ‘starlight room’.

sumber: libur.my

Starlight room merupakan salah sebuah bilik yang diterapkan konsep cermin infiniti di mana anda bakal merasakan seolah olah view dalam bilik ini seperti tiada penghujung.

Selfie Museum ini diinspirasikan oleh makanan pencuci mulut yang ada di Malaysia. Oleh sebab itu, banyak hiasan serta dekorasinya banyak berasaskan pencuci mulut dan ianya direka dalam bentuk yang lebih besar.

Tambahan lagi, anda juga turut dapat merasai pencuci mulut tersebut yang turut dijual di situ. Kiranya apa yang anda tengok, itu juga yang bakal dijual.

sumber: libur.my

Untuk pengetahuan, di sini dibahagikan kepada lima zon selfie iaitu donut zon, cupcake zon, ais krim zon, gula-gula zon dan yang terakhir neon zon.

Anda akan melalui semua zon tersebut dan yang paling penting, anda akan dibantu oleh petugas di situ untuk mengambil gambar. Yang paling penting, anda boleh ‘request’ je nak ambil gambar banyak-banyak.

Waktu beroperasinya pula bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Harga tiket dijual pada kadar yang sama pada dewasa dan juga kanak-kanak iaitu RM 22. Manakala bagi pengunjung luar anda bakal dicaj RM 27 sahaja.

Apa yang lagi menarik, setiap pembelian tiket akan dihadiahkan sekali dua pemanis mulut secara percuma!

Confirm punya lah anda akan gembira apabila datang ke sini dan sememangnya tempat ini sangatlah insta-worthy!

Jom datang ke Pulau Langkawi dan singgah di Selfie Museum The Dessert Series segera!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here