
Pernah kan anda tanya kawan anda “nak makan di mana”, kemudian kawan awak menjawab “makan kat mulut”. Jadi jawapan itu sudah menjadi realiti.
Kenapa? Sebab, sekarang anda boleh nikmati makanan yang lazat dan unik di Mulut Cafe. Di sini pelbagai pilihan makanan yang sangat lazat sehingga menjilatkan jari.


Sebelum tu, Mulut Cafe ini terletak di Tampin, Negeri Sembilan. Manakala, waktu operasinya pula bermula dari jam 3 petang hingga 11 malam.
Ia menjadi kegilaan para pelanggan yang datang ke sini oleh kerana keunikan dessertnya yang sangat sedap dan pelbagai jenis. Tidak lupa juga pada menu makanan utamanya yang sangat sedap.


Jika dilihat pada gambar sahaja, menu pencuci mulutnya sahaja sudah membuatkan anda menelan air liur.
Terdapat juga persembahan busking dari sekumpulan pemuzik di sini. Best jugak kan sambil makan hidangan yang lazat, dapat dengar muzik yang best dari mereka.
Anda juga boleh kunjungi instagram mereka iaitu Mulut Cafe untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai cafe ini. Jangan lupa untuk mengikut SOP yang ditetapkan di sana okay.
sumber gambar: Facebook Mulut Cafe