Home MALAYSIA HOTEL & RESORT Penginapan Bajet Tetapi Seperti Hotel Mewah, Jom Bermalam di Laman Sentosa Boutique...

Penginapan Bajet Tetapi Seperti Hotel Mewah, Jom Bermalam di Laman Sentosa Boutique Hotel, Kuantan!

2615
0

Untuk anda yang sudah merancang untuk datang ke Pahang, sudahkah anda mencari tempat penginapan anda? Jika belum, jom datang ke menginap di Laman Sentosa Boutique Hotel.

Laman Sentosa Boutique Hotel ini terletak di Kuantan. Jarak dari sini untuk pergi ke bandar yang terdekat cuma 5 kilometer sahaja.

Anda juga berpeluang untuk bermandi manda di swimming pool hotel yang walaupun tidaklah besar tapi boleh memuatkan beberapa orang sahaja. Swimming pool ini sangat sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Hotel yang berkonsepkan rumah banglo ini menghidangkan penginapan yang sangat selesa dan nyaman. Walaupun ia hanya sekadar rumah banglo, tetapi ia sangatlah berbaloi untuk diinap ketika bercuti di sekitar Kuantan.

Bilik yang disediakan di sini juga sangat empuk dan ‘sedap’. Boleh dikatakan ramai pelanggan yang datang ke sini memberikan feedback yang sangat memberangsangkan.

Dengan dilengkapi bersama tab mandi yang disertakan juga pemandangan yang tenang, dapat menceriakan lagi percutian anda.

Jika dilihat pada gambar, tona warna yang dikenakan pada banglo ini sangat lembut dan menarik perhatian.

Pada waktu malam pula anda dapat melihat serinya hotel ini. Mungkin dalam gambar sahaja anda sudah boleh melihat betapa cantiknya hotel ini.

Apa tunggu lagi, cepat cepat datang dan singgah ke Laman Sentosa Boutique Hotel ini jika anda berkesempatan untuk datang ke Pahang.

Mereka turut mempunyai facebook mereka iaitu Laman Sentosa untuk mengetahui perkembangan terkini dan juga bertanyakan soalan di sini. Maklumat lanjut juga boleh terus dapatkan maklumat terkini.

sumber gambar: Laman Sentosa Boutique Hotel

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here