Home MAKAN-MAKAN Penggemar Pizza, Jom ke Pizza Mansion di Seksyen 17, Petaling Jaya!

Penggemar Pizza, Jom ke Pizza Mansion di Seksyen 17, Petaling Jaya!

479
0

Pizza, makanan barat yang sangat digemari ramai orang. Tidak kira dari yang muda hinggalah tua, semua menyukainya.

Lagi best, pizza pula sesuai untuk dimakan beramai-ramai oleh kerana potongan yang banyak. Cuma yang kecil saja lah boleh makan seorang.

Berita baik untuk penggemar pizza, anda boleh datang ke Pizza Mansion di Seksyen 17, Petaling Jaya untuk menikmati pizza yang lazat dan sedap.

Pelbagai pilihan pizza yang terdapat di sini. Anda mungkin terkejut dengan menu yang dilihat dan ada diantaranya adalah bukan pizza yang biasa biasa. Antaranya ialah pilihan itik, daging, salmon dan bilis. Wah menarik kan?

Isi yang diletakkan di dalam pizza sangat banyak, sehinggakan setiap suapan itu bakal memenuhi mulut anda.

Selain itu, anda boleh dapatkan side dish yang enak juga di sini seperti mac & cheese dan garlic bread.

Ditambah pula, dekorasi restoran ini yang mengikut citarasa masa kini. Di sini anda dapat menambah galeri telefon anda dengan gambar gambar yang cantik.

Para remaja bakal menggemari untuk datang ke sini bukan sahaja untuk mengambil gambar, malah menikmati pizza yang lazat juga.

Untuk pengetahuan anda juga, Pizza Mansion ini mempunyai satu lagi kedai yang terletak di Bukit Bintang. Jadi anda mempunyai dua pilihan untuk menikmati kelazatan pizza yang sama.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi laman facebook rasmi mereka iaitu facebook.com/pizzamansion/. Semua maklumat terkini akan diberitahu di situ.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here