
Bagi penduduk Kuala Lumpur dan lebih spesifik lagi penggemar kopi, anda wajib datang di Luckin Kopi yang terletak di Jalan Panggong Petaling Street, (Chinatown Kuala Lumpur).
Anda boleh datang ke sini dengan menaiki kemudahan awam seperti MRT/LRT. Jika anda mengambil MRT anda boleh turun di stesen Pasar Seni dan berjalan lebih kurang 5 – 10 minit untuk sampai ke Luckin Kopi ini.
Anda tidak digalakkan datang dengan menaiki kereta oleh kerana kesukaran untuk meletakkan kenderaan di kawasan tersebut.
Apabila anda masuk di restoran ini, anda boleh terus bau kopi yang ‘fresh’ melintasi hidung anda. Mesti penggemar kopi akan tertarik dengan aroma kopi yang disediakan di sini.
Dari luaran restoran ini, anda dapat lihat seni peranakan yang dikekalkan pada bangunan ini dan ditambahkan lagi dengan dekorasi yang menggambarkan ciri-ciri peranakan.

Menu yang disediakan di sini juga diinspirasikan oleh warisan peranakan. Apa yang lagi menarik, restoran ini merupakan restoran yang halal dan ‘pork-free’. Mungkin untuk anda yang was-was untuk datang ke sini, harapnya anda sudah jelas bahawa restoran ini halal.
Kopi yang menjadi pujaan para pelanggan yang datang ke sini terdiri dari tiga jenis iaitu kopi Ipoh, Kuala Lumpur dan Melaka. Yang lagi bestnya, apabila anda memesan salah satu menu utama, anda dapat ‘refill’ kopi tersebut dengan PERCUMA!


Antara menu utama yang anda boleh cuba adalah Indomie, Nasi Lemak dan juga Mee Siam. Kemudian anda perlu menambah ‘side dish’ untuk lengkapkan makanan anda dan kemudian barulah anda boleh ‘claim’ unlimited kopi anda. Dengan harga cuma RM 14.80 sangatlah berbaloi.


Sebagai hidangan pencuci mulut, anda boleh memesan rojak buahnya yang enak. Anda dapat rasakan keenakan yang ada pada rojak buah ini.

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh lawati facebook rasmi kedai ini iaitu facebook Luckin Kopi. Dari sini anda boleh dapat makluman terkini tentang waktu operasi kedai dan juga promosi baru dari mereka. Jangan lupa datang ke sini okay !