
Sekali lagi, Temerloh menjadi highlight untuk jelajah makan. Tidak asing dengan jolokan tempat penyumbang ikan patin dan masakan patin yang sangat sedap.
Untuk anda yang suka akan masakan asam pedas ikan patin, ayuh datang ke Gerai Ikan Patin Pak Usop yang menjadi salah satu pilihan ramai orang.

Gerai Ikan Patin Pak Usop tidak kurang terkenalnya dia Temerloh. Lokasinya terletak dia Food Court Bandar Lama Temerloh bersebelahan dengan Pasar Pagi Temerloh.
Gerai Ikan Patin Pak Usop ini dibuka pada waktu makan tengahari bersama pelbagai pilihan lauk pauk. Asam Pedas Ikan Patin di sini dimasak secara terbuka dan boleh dilihat oleh semua pelanggan.
Apabila Asam Pedas Ikan Patin sudah siap di masak semua pelanggan akan beratur untuk mengambil Ikan Patin untuk dimakan bersama nasi putih dan lauk pauk yang lain.


Santapan makan tengahari yang simple tetapi amat menyelerakan. Ramai yang memberi feedback bahawa asam pedas ikan patin di sini memang ‘kick’!
Harga Asam Pedas Ikan Patin yang dijual di sini sangat berpatutan dan berbaloi. Gerai ini juga bersebelahan dengan gerai minuman yang pelbagai seperti Cendol, ABC, Air Jagung dan banyak lagi boleh dinikmati bersama dengan makanan tengah hari.
Sambil menikmati asam pedas yang lazat, anda juga boleh menghilangkan dahaga di bawah panas terik ini.
Jadi, tengok gambar saja pon sudah buat anda telan air liur kan? Jom datang ke Temerloh dan singgah di Gerai Ikan Patin Pak Usop
Sumber: fizazainy.com