
Selama lebih dua dekad Hotel Pacific Regency Beach Resort di Port Dickson, Negeri Sembilan terbengkalai akhirnya siap sepenuhnya dengan konsep segar.
Gabungan sebuah resort, penthouse dan infinity pool serta ruang penginapan eksklusif resort yang terletak di Teluk Kemang itu pasti menawarkan pengalaman penginapan terbaik.

Secara amnya di atas kertas dan beberapa foto di Facebook jelas resort berkenaan seakan diberi sentuhan nafas baharu, segar dan serba moden.
Waima daripada segi kemudahan, susun atur perabot, pengaplikasian rona, tampak sangat moden dan berbaloi untuk para pelancong menginap di sini.


Tidak berlebihan jika digambarkan suasana resort ini sekali imbas sama seperti ambience di Hawai. Key attraction hotel ini sudah tentu infinity pool yang dibina menghadap laut.
Pool berkenaan juga merupakan kolam renang peribadi yang hanya boleh diakses para penginap yang sedia membayar lebih di resort itu.


Jangan khuatir kerana wujud juga kolam renang all access yang tidak kurang hebatnya untuk anda menghabiskan aktiviti santai ketika berlibur.
Resort ini menyediakan 166 unit penginapan yang terbahagi kepada lima jenis iaitu superior, deluxe, studio loft, Seri Menanti Suites dan Istana Penthouse.

Hanya dengan menginap di Istana Penthouse anda berpeluang menggunakan kemudahan infinity pool dan menikmati keindahan sunset serta sunrise di Teluk Kemang.
Selain kemudahan liburan…nampaknya resort ini juga sesuai untuk syarikat korporat mengadakan pelbagai majlis atau mesyuarat di sini.

Sumber Surgaroute