Home MAKAN-MAKAN Peminat Seafood… Jom Singgah Makan Di Restoran Ketam Manis!

Peminat Seafood… Jom Singgah Makan Di Restoran Ketam Manis!

1474

Untuk semua peminat makanan laut di luar sana, anda boleh mencuba sendiri kelazatan seafood yang segar di Ketam Manis!

Terletak di Cottage Walk, Cyberjaya, restoran ini menyediakan pelbagai juadah berasaskan makanan laut enak!

Bukan sahaja ketam, anda juga boleh menikmati ikan, udang serta sotong yang disediakan dengan penuh rasa!

Antara menu popular di restoran ini adalah Chilli Crab, Siakap Steam Assam, Salted Egg Squid, Butter Egg Prawn dan banyak lagi tau!

Menariknya, kalau anda risau tak cukup cash atau tak sempat nak keluarkan duit di mesin ATM, jangan risau kerana semua jenis cashless payment disediakan di restoran ini tau!

Jadi, jangan lupa untuk singgah di restoran Ketam Manis ni okay!

Sumber & kredit foto: Twitter @twt_cyberjaya