
Dari sebuah pekan dengan kepadatan penduduk seramai 1,000 isi rumah Centralia di Pennsylvania, Amerika kini digelar bandar hantu.
Pekan yang dahulunya amat dikenali sebagai lokasi lombong arang batu kini terbiar tanpa berpenghuni dengan beberapa perumahan penduduk masih gah berdiri.

Sekitar 1962 kawasan Centralia sama seperti penempatan pekan lain di seluruh Amerika sehinggalah kejadian kebakaran bawah tanah yang membuatkan penduduk terpaksa berpindah.
Daripada 1,000 penduduk dicatatkan sekitar tahun 1960an hingga 1980an kemudian beransur kepada 63 penduduk pada tahun 1990 sehinggalah kini tiada penduduk di pekan.

Kesemua penduduk pindah dari pekan berkenaan kerana tidak tahan dengan haba di bawah tanah tersebut selain kawasan sekitar sering terbakar dengan sendirinya.
Demi keselamatan mereka, penduduk dinasihatkan untuk keluar malah sehingga kini dikhabarkan kejadian kebakaran dan kepanasan di bawah tanah masih terasa.

Dalam kalangan penduduk kawasan sekitar menganggap Centralia mimpi ngeri akibat kerakusan manusia, namun lain pula bagi pelancong luar.
Kebanyakan mereka berkunjung ke Centralia untuk merasai sendiri adakah tanah penempatan itu masih panas.

Selain itu wujud juga beberapa lukisan grafiti di atas jalanraya yang telah rosak. Nilai seni grafiti itu mampu menarik perhatian pencinta seni.
Antara lain sudah tentu menikmati perasaan mistik kala melalui Centralia berikut banyak bangunan yang terbiar.

Sumber John Mohamed