
Selalunya apa yang kita tengok di dalam kaca televisyen tentang California hanyalah tempat yang biasa biasa sahaja. Pernah tak terfikir apa yang ada di California?
California dikurniakan satu tempat yang sangat unik serta telah menjadi ‘a must visited places’ apabila anda menjejakkan kaki di California.
Tempat yang dimaksudkan itu adalah ‘Pantai Kaca’ atau Glass Beach yang terletak di Fort Bragg, California. Lebih terperinci, ia terletak di sekitar MacKerricher State Park. Kenapa ia dipanggil Glass Beach?

Seperti di pantai yang lain, di situ akan terdapat batu batu halus yang menghiasi sekitar pantai. Jadi di sini lain pula hiasan pantainya.
Batu yang terdapat di sini semuanya KACA! Ya betul, keunikan yang ada d isini ialah batu batu yang terdapat di situ. Kisahnya, batu kaca yang terhasil di sini adalah dikaitkan dengan sebuah kisah dongeng yang dipercayai bahawa hasil titisan airmata duyung, kemudian air itu menjadi kaca.
Walaupun ia hanya cerita dongeng, tetapi tempat ini diselia elok oleh warga tempatan di sana dan menjadi tempat pelancongan yang wajib dikunjungi apabila tiba di California.
Pelbagai warna yang terdapat pada batu ini. Contohnya seperti biru, hijau, merah dan pelbagai. Hasil warna tersebut adalah daripada buangan botol kaca di laut tersebut pada zaman dahulu.

Dan sudah pasti, kegilaan atau hobi pengunjung yang datang ke sini selain dari menikmati suasana pantai adalah bergambar di sekitar pantai. Tidak dapat disangkal lagi, Glass Beach ini sangatlah cantik.
Anda boleh berjalan di sepanjang pantai ini dan ia bakal dipenuhi dengan yang batu kacau yang pelbagai warna ini.
Anda boleh kumpul duit dan siapa tahu satu hari nanti anda boleh datang ke sini.
sumber: travelawaits.com