
Hebat!!! Pantai Cenang di Langkawi telah tersenarai antara 25 pantai popular di rantau Asia menerusi Travellers Choice: Best Of The Best 2021.
Pantai Cenang yang merupakan tarikan utama pelancong di daerah yang sinonim dengan helang itu berada pada kedudukan ke-23 di belakang Pantai Sanur, Bali di Indonesia.

Bagaimanapun, Pantai Cenang berjaya memintas dua pantai di Vietnam iaitu An Bang di Hoi An dan My Khe di Danang.
Pantai Cenang berjaya menempatkan dirinya dalam kategori berkenaan hasil undian pembaca dan pengguna aplikasi Tripadvisor dari seluruh dunia.

Whoa!! Orang Kedah dan Langkawi khususnya patut berbangga dengan kejayaan ini. Pembaca dari seluruh dunia telah mengiktiraf Langkawi.
Kejayaan itu lebih bernilai dan eksklusif kerana hanya Pantai Cenang mewakili Malaysia telah disenaraipendek dalam 25 kategori pantai popular di rantau Asia.

Pemilihan Pantai Cenang oleh para pembaca disumbangkan oleh faktor pantai tersebut menyediakan pelbagai tarikan selain panorama di laut.
Selain aktiviti pantai dan mandi manda..kemudahan seperti penginapan, akses jalan raya, liburan dan hiburan seperti bar antara faktor utama Pantai Cenang mendapat pengiktirafan ini.

Sementara itu, Thailand mengungguli carta dengan lima pantainya berada dalam senarai berkenaan diikuti India dan Indonesia.
Sudah tentu bagi Thailand, Pantai Kata Noi di Phulet dan Pulau Phi Phi wajib tembus dalam 25 senarai pantai popular berkenaan.

Sungguhpun begitu, perlu diingatkan mungkin lebih banyak pantai lain di Malaysia yang layak memasuki senarai, namun undian berdasarkan piliham pembaca dari seluruh dunia.
Ini sekali gus membuktikan Pantai Cenang popular di dunia dan Asia berikutan kejayaan pantai tersebut menembusi carta 25 pantai popular di Asia.
Sumber: The Star