Home MALAYSIA Panggung Wayang Kembali Beroperasi Hari Ini

Panggung Wayang Kembali Beroperasi Hari Ini

920
0

Premis pawagam di Malaysia kembali beroperasi selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini.

Antara filem yang sedang hangat ditayangkan di panggung wayang tempatan sekarang adalah Raya And The Last Dragon, Don’t Look Back dan Stand By Me Doraemon 2.

Pada Selasa lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan status PKP di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang ditukar kepada PKPB berkuat kuasa 5 Mac (hari ini) hingga 18 Mac ini, manakala Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak kekal dengan PKPB.

Enam negeri PKPB iaitu Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan ditukar status kepada PKPP, manakala Perlis kekal sebagai negeri berstatus PKPP.

Bagaimanapun, kebenaran pembukaan semula operasi panggung wayang di kawasan PKPB dan PKPP tertakluk kepada pematuhan semua garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Penutupan panggung wayang berikutan penularan Covid-19 dan pelaksanaan PKP menyebabkan sektor tersebut mengalami kerugian lebih RM400 juta dalam tempoh 10 bulan.

Sumber: Kosmo Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here