
Ayuh semua penggemar burger, panggilan untuk anda dapatkan burger yang sangat sedap dan berasal dari Johor. Woodfire Burger yang mula bertapak di Johor ini telah melebarkan sayapnya ke TTDI Kuala Lumpur.
Pasti anda tidak akan kecewa apabila menikmati sebiji burger dari Woodfire Burger ini kerana ianya sangat menarik dan juicy.

Untuk pengetahuan anda semua, cafe yang dibuka di TTDI ini merupakan cafe kedua yang dibuka di KL selepas Ampang, yang terletak di Kemensah Heights.
Jadi untuk sesiapa yang berada dekat dengan kawasan TTDI, anda tidak perlu lagi untuk drive jauh-jauh pergi ke Ampang, dan hanya boleh terus pergi ke cawangan kedua ini.

Burger yang menjadi signature dish disini adalah Double Patty Burger. Burger yang penuh timbunan daging, boleh membuatkan anda jatuh cinta dengan burger daging di sini.
Dengan portion yang agak memuaskan, ia bakal membuatkan anda kenyang dengan hanya sebiji burger sahaja.
Satu lagi pilihan burger yang menjadi pilihan ramai, iaitu Brisket Burger. Burger ini dipenuhi dengan kepingan daging bahagian brisket dan ditambah pula bersama beef bacon.
Setiap burger dibanjiri dengan mozarella cheese yang dicairkan dan pasti menyelerakan.

Restoran ini terletak di Jalan Wan Kadir. Waktu operasinya pula bermula dari jam 12 PM hingga 10 PM dan ditutup pada hari isnin. Dan yang paling penting restoran ini adalah muslim-friendly.
Jangan lupa untuk datang ke Woodfire Burger dan nikmati burger homemade yang sangat menyelerakan sehingga menjilat jari.
sumber gambar: KL Foodie