Home MALAYSIA Orgasm Alami di Sungai Lembing, Pahang

Orgasm Alami di Sungai Lembing, Pahang

2993
0

Pelangi depan mata!! Ya, jangan terkejut kerana panorama ini hanya ditawarkan secara eksklusif di kawasan Air Terjun Pelangi Sungai Lembing, Kuantan Pahang.

Terletak kira-kira 45 minit pemanduan dari pusat bandar raya Kuantan, anda boleh berkhemah di Campstay Sungai Lembing menjadi lokasi terbaik untuk melihat sendiri keajaiban alam di air terjun tersebut.

Campstay Sungai Lembing bukan sahaja menyediakan ‘pelangi’ tetapi pelbagai aktiviti lain berkaitan perkhemahan. Paling penting review menerusi Google menyatakan lokasi percutian ini mesra kanak-kanak.

Untuk menyaksikan magis pelangi di depan mata, anda perlu melakukan pendakian dan menyelusuri hutan untuk sampai ke lokasi air terjun berkenaan. Biasan cahaya menerusi air terjun itu yang menghasilkan ‘pelangi’.

Berita baik untuk kaki pancing kawasan sungai ini dikatakan sebagai port terbaik untuk kalian melempiaskan nafsu. Ikan sungai yang popular di sini ialah ikan lampam.

Bayangkan selepas seharian berendam, dapat pula menikmati masakan ikan segar yang dibakar kemudian dihidang bersama nasi dan air asam. Sedapnya…..

Sedikit info, pastikan anda membawa kelengkapan pakaian yang mencukupi terutama pada waktu malam kerana keadaan di sini sejuk dan dingin.

Jika ada yang khuatir mengenai kualiti air sungai di sini, jangan risau, kualiti air di Sungai Lembing bersih dan masih bebas daripada sebarang pencemaran.

Apa tunggu lagi?? Jom berendam…

Sumber Twitter: apihazmi
https://twitter.com/apihazmi/status/1321041156902301697?s=19

Sumber Facebook: https://www.facebook.com/CampstaySungaiLembing/

Sumber Instagram: https://instagram.com/saiful.enver?igshid=dn2hscn63u1k

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here