Home MAKAN-MAKAN Nikmati Buah-Buahan Segar Dan Lazat di Selangor Fruit Valley, Rawang

Nikmati Buah-Buahan Segar Dan Lazat di Selangor Fruit Valley, Rawang

3582
0

Musim panas macam ni dapat makan buah-buahan segar dari ladang kan best. Buah kan dapat menyejukkan tekak kita lalu meenghilangkan rasa cuaca panas yang mengelilingi persekitaran kita.

sumber: mdks.gov.my

Terdapat satu tempat yang anda boleh terokai iaitu Selangor Fruit Valley yang terletak di Rawang Selangor. Tempat menghimpunkan pelbagai jenis buah-buahan yang menarik dan lagi best ianya segar. Jarak untuk datang ke sini jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur lebih kurang 1 jam sahaja mengikut keadaan lalulintas.

Antara buah-buahan yang terdapat di sini adalah kelapa pandan, jambu, nangka, manggis, durian, rambutan, pulasan, belimbing, nangchem, mangga, cempedak, pisang, dukong dan pelbagai lagi jenis pilihan buah yang sedap dan menarik. Penggemar buah mesti tak senang duduk apabila dapat tahu kewujudan tempat ini.

sumber: Selangor Fruit Valley
sumber: twitter Jomkitamy

Selain dari buah-buahan, anda juga dapat teroka kebun orkid yang pelbagai warna. Anda boleh bergambar di situ sambil berjalan di kebun orkid tersebut. Di sini juga terdapat Taman Herba yang mengandungi lebih dari 150 herba.

sumber: Selangor Fruit Valley

Mereka juga turut menyediakan servis Tram Ride untuk pelawat yang ingin pusing melihat seluruh kawasan ini. Aktiviti berbasikal juga turut tersenarai di dalam tempat ini. Kawasan pameran yang terdapat di sini adalah seperti Carambola Pavilion, Eco Bridge dan Rumah Tradisional Selangor.

sumber: Jomkitamy

Anda boleh datang ke sini untuk terokai pelbagai lagi aktiviti yang menarik dan sudah semestinya untuk merasai kenikmatan dan kelazatan buah-buahan yang terdapat di sini. Jangan lupa bawa kawan-kawan dan juga ahli keluarga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here