Home MAKAN-MAKAN Nasi Ayam Gepuk Pak Ery Tawar Panorama Kota KL

Nasi Ayam Gepuk Pak Ery Tawar Panorama Kota KL

149

Nasi Ayam Gepuk amat sinonim sebagai gastranomi dari Jogjakarta dengan hidangan ringkas ayam, nasi putih, sambal dan kubis goreng.

Formula utama keenakan Nasi Ayam Gepuk adalah terletak pada kepedasan sambalnya yang digiling halus mengikut tahap kepedasan pilihan pelanggan.

Selain itu, ayam yang digoreng rangup tetapi isi dalamnya amat empuk juga antara elemen utama menambah keenakkan nasi ayam gepuk.

Namun kali ini bukan Triphackerz tidak mahu berkongsi mengenai Nasi Ayam Gepuk Kampung Baru yang terletak di tengah Kuala Lumpur.

Pada pendapat admin tidak berlebihan jika digambarkan Nasi Ayam Gepuk Jogja Pak Ery di Kampung Baru ini satu-satunya cawangan menawarkan panorama sedemikian.

Terletak dalam kawasan yang luas tanpa halangan sebarang bangunan pencakar langit di samping ruang makan atas bumbung menyuntik elemen mewah kala nikmati hidangan di sini.

Sudah tentu apabila menikmati gastronomi di tengah ibu kota pemandangan pencakar langit Menara Berkembar Petronas dan Menara KLCC antara buruan lensa.

Ya….dia Nasi Ayam Gepuk Jogja Pak Ery Kampung Baru anda dapat menikmati saujana panorama tersebut tanpa menghabiskan ratusan ringgit menikmati hidangam mewah.

Bayangkan dengan berbelanja antara RM5.50 hingga RM10 tawaran pemandangan malam kota metropolitan Kuala Lumpur amat berbaloi untuk dinikmati.

Jadi berbaloikan untuk menikmati hidangan di sini. Malah tempat parking berbayar turut disediakan untuk para pelanggan.

Untuk ke lokasi ini Waze sahaja Nasi Ayam Gepuk Jogja Kampung Baru. Selamat menjamu selera…

Sumber Rizal Hakimm