
Walaupun seluruh dunia masih lagi dihantui dengan wabak COVID-19, kita masih boleh merancang untuk bercuti sepanjang tahun hadapan.
Memandangkan kita sudah memasuki bulan Disember, jom kita semak senarai cuti umum dan ‘long weekend’ tahun depan, mana tahu boleh plan cuti untuk tahun 2021 nanti!
Melihat kalendar tahun depan, terdapat 14 hari cuti umum nasional dan empat daripadanya akan menjadi cuti yang panjang pada tahun depan:
#1 Hari Tahun Baru
1-3 Januari (Jumaat-Ahad) – 3 Hari
#2 Tahun Baru Cina
12-14 Februari (Jumaat-Ahad) – 3 Hari
#3 Hari Raya Puasa
13-16 Mei (Khamis-Ahad) – 4 Hari
#4 Hari Lahir Agong
5-7 Jun (Sabtu-Isnin) – 3 Hari
Selain itu, anda mungkin boleh plan untuk ambil cuti untuk menjadikan sesuatu ‘public holiday’ tu sebagai ‘long weekend’ untuk anda!
#1 Thaipusam
28-31 Januari (Khamis-Ahad) – 4 Hari
Ambil cuti pada Jumaat, 29 Januari
Penduduk KL, Labuan & Putrajaya dapat extra satu hari cuti tambahan dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada Isnin, 1 Februari.
#2 Nuzul Al-Quran
29 April – 2 Mei (Khamis-Ahad) – 4 Hari
Ambil cuti pada Jumaat, 30 April.
#3 Hari Wesak
22-26 Mei (Sabtu-Rabu) – 5 Hari
ATAU
26-30 Mei (Rabu-Ahad) – 5 Hari
ATAU
22-30 Mei (Sabtu-Ahad) – 9 Hari
Ambil cuti dua hari pada Isnin dan Selasa, 24 dan 25 Mei atau Khamis dan Jumaat, 27 dan 28 Mei atau terus je ambil cuti empat hari, boleh cuti terus bermula 22 sehingga 30 Mei!
#4 Hari Raya Haji
17-20 Julai (Sabtu-Selasa) – 4 Hari
Ambil cuti pada Isnin, 19 Julai
Penduduk Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis mempunyai hujung minggu yang panjang dengan cuti umum Hari Raya Haji pada hari Rabu, 21 Julai.
#5 Awal Muharam
7-10 Ogos (Sabtu-Selasa) – 4 Hari
Ambil cuti pada Isnin, 9 Ogos.
#6 Hari Kemerdekaan
28-31 Ogos (Sabtu-Selasa) – 4 Hari
Ambil cuti pada Isnin, 30 Ogos.
#7 Hari Malaysia
16-19 September (Khamis-Ahad) – 4 Hari
Ambil cuti pada Jumaat, 17 September.
#8 Maulidur Rasul
16-19 Oktober (Sabtu-Selasa) – 4 Hari
Ambil cuti pada Isnin, 18 Oktober.
#9 Sambutan Deepavali
4 -7 November (Khamis-Ahad) – 4 Hari
Ambil cuti pada Jumaat, 5 November.