Home MALAYSIA Nak Piknik Dengan Famili & Kawan-Kawan? Jom Singgah 5 Air Terjun Menarik...

Nak Piknik Dengan Famili & Kawan-Kawan? Jom Singgah 5 Air Terjun Menarik Ni… Dekat Je!

2582
0

Aktiviti hujung minggu sering dihabiskan untuk berlibur, melakukan aktiviti dan bergelak ketawa bersama keluarga serta teman-teman.

Jika anda masih belum ada perancangan lagi untuk menghabiskan cuti hujung minggu ini, apa kata anda berkunjung dan berkelah di kawasan air terjun yang pastinya menjanjikan keseronokan.

Jom semak senarai lima port air terjun menarik yang boleh anda kunjungi yang terletak di sekitar Lembah Kelang!

#1 Air Terjun Templer

Air Terjun Templer terletak di Hutan Simpan Templer di kawasan jalan Kuala Lumpur – Rawang ini sering menjadi perhatian orang ramai kerana lokasinya yang dekat dengan ibu kota.

Dengan panorama menarik serta menjanjikan kelainan, kedinginan air sungai dan air terjun bertingkat yang menarik ini pastinya menjadi port pilihan ramai orang untuk berkelah!

#2 Air Terjun Sungai Congkak

Popular dalam kalangan penduduk setempat serta pelancong, air terjun ini menjanjikan keunikan tersendiri kepada mereka yang berkunjung dan mahu menghabiskan masa berharga bersama orang yang tersayang.

Dengan keindahan yang menghijau serta fasiliti seperti tapak perkhemahan, dan pondok rehat, jangan lupa singgah mandi air terjun yang sejuk ini di Sungai Congkak, Hulu Langat!

#3 Air Terjun Sungai Tua

Terletak di Ulu Yam, lokasi ini juga menggamit perhatian ramai pengunjung kerana jaraknya yang dekat dengan Kuala Lumpur, anda boleh ke sini menggunakan jalan yang sama untuk ke Selayang dan Batu Caves.

Air terjun ini juga sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak yang masih kecil kerana terdapatnya kawasan air terjun yang cetek. Selain itu, air terjun ini juga menjanjikan banyak kawasan yang menarik untuk anda yang gemar berfoto!

#4 Air Terjun Chilling

Terletak di Kuala Kubu Bharu, lokasi air terjun ini sesuai untuk anda yang mahu berkelah bersama teman-teman yang gemarkan aktiviti lasak dan mencabar fizikal, jiwa serta minda!

Bukan apa, and aperlu merentasi lima batang anak sungai yang keadaannya berbatu serta agak licin serta anda juga perlu melepasi titi gantung untuk sampai ke air terjun bertingkat yang sangat memukau pandangan mata!

#5 Air Terjun Kubang Gajah

Jika anda ingin mengadakan aktiviti barbecue bersama keluarga atau sahabat, jadikan air terjun yang terletak di Kampung Kemensah, Hulu Klang ini sebagai destinasi pilihan anda!

Kejernihan dan kesejukan air, kawasan yang indah saujana mata memandang serta kolam takungan air yang dilengkapi dengan kemudahan chalet pastinya membuatkan anda gembira menghabiskan masa di sana!

Kredit foto: ParGolf, GeraldLim, Libur, TripAdvisor, MalaysiaHikes

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here